Monday, April 26, 2010

26hb April 2010

Hari keempat berkursus, kerja masuk mendadak...
kena siapkan semuanya sebelum esok..sesi
pembentangan projek akan bermula..

Hari ni bumi trengganu dibasahi hujan seawal
pagi sehingga menjengah ke malam..sejuk betul..
dalam suasana semua econ..rasa macam kaku,
tambah2 kot pulaktertinggal..rasa jalan pun dah
jadi macam robot...arini breakfast ngan nasi lemak
dan nasi air..kurang menyengat..tapi telan ajelah
kok ya pun semua free..asal kenyang ya udah..

Tengahari pula makan sikit saja..tambah2 skrg
sdg diet kolestrol..semua 'seafood' tak boleh makan
nasib badan la..tapi lauk lain masih bnyk, cuma
tidak memenuhi selera..

Sunday, April 25, 2010

25 april 2010/Sabtu

Hari ketiga berkursus..
cam biasa aje..
pagi bersarapan ngan pulut kuning dan rendang
air cam biasa..jus2 sejuk itu...
teh panas ado..tapi tak nak air manis..
ari ni dah masuk modul 4
tension gak la, pengisian makin susah..
kadang2 tak dapat ikut ngan lancar
just buat2 tau je...
so makin complicated,
sabar..sabar...
tadi pas kelas ptg, smpt keluar kebandar
pegi beli bagasi...hahaha
ada cerita disebalik tu tau..
tapi malas la nak citer..
so smpt beli belah ala kadar
balik hotel..
makan malam.. ada pulak
yg kelakar..tersalah ambik
kari kambing,
ingatkan daging lembu...
wah rgh sedap makan makan
kawan tegur, hai kak makan kambing?..
errkkk..kambing!!!! dah masuk 2 keping
dlm perut..nak buat camne
tak perasan..padahal signboard
bukan main besar pulak tu...
masok bilik mandi
dan masuk kelas malam pulak
continued yg siang tadi
sok bersambung lagi...

Saturday, April 24, 2010

24 april 2010/sabtu

hari kedua kursus ebook di primula hotel
bangun seawal 5.45 pagi,
breakfast at 7.15 am..
sebenarnya siap lebih awal, bila kitaorang ke anjung cafe
aaiikkkk..pintu masih belum dibuka, biar betul!!
selepas meninjau2 kawasan..ermm, pintu baru buka
rasa marah ilangb tgk makanan...
ooohhh makanan!! mmg menyelerakan..
macam2 ada..
hari ni sarapan pilihan ngan nasi lemak + bihun..
pastu ambik sket soto..yumm..sedap
mesti 5 ari ni bina badan yg baik punya..
kui2..
klas ari ni refleksi mengenai blog semalam..
lawatan jpn kul 12 tgh...check kedatangan
Slot malam pulak diisi oleh wakil dr top-it yang
menerajui terengganu A++..
Memang menyeronokkan,, tapi masa yg diper
untukkan dua jam tidak mencukupi...
tak sempat untuk melakukan amali
yg diberikan iaitu membuat soalan
online

Friday, April 23, 2010

23 april 2010/jumaat

tiba di hotel primula lebih kurang kul 2.30 ptg
check in ..ambik kunci bilik 101 dan solat zohor..
rest jap..masuk klas lebih kurang kul 3.30ptg
Dpt 'sir' yg sporting, baik hati dan kelakar jugak..

Jadual yg begitu padat, tp saya cuba untuk
memahami, meneliti dan mengambil semua apa yg
diajar oleh 'sir'..

Slot pertama tamat lebih kurang pukul 5 dan smpt rehat
sekejap sebelum slot kedua kul 8.30 mlm..

Slot kedua, dpt memblogging..bestnya kan..
boleh buat catatan dan ingatan tuk diri sendiri...

Klas tamat lebih kurang kul 10.30 malam..
boleh balik tido....